Produk


Dimensi 108 (Kuasa Mengubah Perangai) merupakan makanan tambahan (supplement) yang telah dirumus khas (diformulasikan) dengan menggunakan bahan-bahan asli seperti Kurma Merah, Biji Teratai, Madu Batu, Atractylodis Macrocephalae Rhizoma, Radix Dioscorea Oppositae termasuk Spirulina. Kesemua bahan-bahan di atas memang sudah terkenal dalam bidang perubatan dan kesihatan. Dimensi 108 (Kuasa Mengubah Perangai) tidak  mengandungi sedikit pun bahan kimia di dalamnya. Ianya dirumuskan dalam bentuk seperti gula-gula dan pelbagai rasa yang sangat digemari oleh kanak-kanak iaitu Perisa Jagung, Perisa Oren, Perisa Ros, Perisa Anggur dan Perisa Strawberi.


Kuasa Hidrogen dan Nitrogen yang terdapat di dalam tablet ini apabila di ambil akan masuk ke dalam darah lalu membentuk rantaian molekul-molekul seperti “tasbih” dan bertindak sebagai “peluru” untuk menghancurkan molekul-molekul (unsur-unsur) negetif  lalu menjana kuasa positif. Gabungan Kuasa Hidrogen dan Nitrogen serta Oksigen (yang diambil semasa pernafasan) pula akan menjana kecerdasan minda anak-anak. Kuasa berangkai ini juga akan bertindak sebagai pertahanan terhadap kuman-kuman atau virus yang boleh menyebabkan penyakit pada tubuh badan.



KAEDAH PENGAMBILAN DIMENSI 108 (KUASA MENGUBAH PERANGAI)





Pengisian 20 biji/tablet dalam satu bungkus sudah mencukupi untuk satu bulan bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah dimana pengambilannya hanya sebiji sahaja sehari. Kecuali bagi pelajar-pelajar yang hampir menduduki peperiksaan UPSR digalakkan mengambil 2 biji sehari. Untuk pelajar-pelajar yang berumur 13 tahun hingga 18 tahun pula memerlukan hanya 2 biji sehari sahaja kecuali bagi pelajar-pelajar yang hampir menduduki peperiksaan PMR dan SPM  mengambil 4 biji sehari. Bagi peringkat umur 18 tahun ke atas pula hanya memerlukan pengambilan 4 bijisehari.
Kekalnya Langit, Bumi,Matahari, Bulan dan Bintang sehingga ke hari ini adalah kerana ianya mempunyai satu “prinsip” iaitu mengikut aturan.


Perubahan tingkahlaku kepada yang positif akan dapat di kesan apabila pengambilan Dimensi 108 ini dilakukan mengikut aturannya yang betul serta pengambilan yang berterusan. Ini adalah kerana “Kuasa Hidrogen dan Nitrogen” yang terdapat di dalam tablet ini akan beransur hilang setelah digunakan seharian dalam kehidupan. Pengambilan tablet ini secara berterusan akan dapat memastikan kuasa yang hilang itu dicas semula. 





MENGAPA DIMENSI 108 (KUASA MENGUBAH PERANGAI) HANYA RM5.00/BUNGKUS SAHAJA ?






Semenjak dari lahir sehinggalah kita meninggal dunia kita sentiasa berhutang budi terhadap orang lain. Kita tidak akan dapat hidup bersendirian di dunia ini. Kita juga tidak mungkin akan dapat membalas setiap pertolongan yang telah diberikan kepada kita selama ini. Dengan itu hidup ini adalah satu PERKONGSIAN. Begitu juga halnya dengan perniagaan. Sebenarnya perniagaan juga adalah satu perkongsian. Perniagaan yang berasaskan keuntungan semata-mata telah lari dari maksud sebenar perniagaan itu. Menyedari akan hakikat ini maka seharusnya lah setiap yang baik itu dapat disampaikan kepada semua pihak agar semua orang dapat merasai akan kebaikkannya. Dengan itu pihak GLOMIND ENTER. SDN BHD. bersedia mengedarkan Dimensi 108 (Kuasa Mengubah Perangai) ini dengan harga runcit sebanyak RM5.00 sahaja dan ini akan mampu dimiliki oleh semua orang tanpa mengira kaya atau miskin.


HASIL PENGAMBILAN DIMENSI 108 (KUASA MENGUBAH PERANGAI)


Anak kecil ibarat kain putih yang suci bersih. Minda mereka terbuka luas untuk diisi dengan pelbagai input.  Hendaklah dijaga kain putih yang suci bersih itu supaya tidak dicorakkan dengan pelbagi corak sehingga menghilangkan warna putih yang suci itu.

Kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun yang mengambil tablet ini akan lebih mudah menunjukkan kesan pengambilan itu. Ini adalah kerana mereka yang berada di dalam lingkungan umur tersebut belum banyak menerima pengaruh-pengaruh negetif . Apabila Kuasa Hidrogen dan Nitrogen yang terdapat dalam Dimensi 108 (Kuasa Mengubah Perangai) itu bertindak balas dalam tubuh maka unsur negetif yang belum banyak itu akan dapat disingkirkan dengan mudah dan sudah tentulah unsur positif akan lebih banyak di dalam tubuh kanak-kanak itu. Menyemai benih hari ini mustahil hasilnya dapat dikutip/dilihat pada keesokkan harinya. 

Pengambilan Dimensi 108 (Kuasa Mengubah perangai) secara berterusan adalah kunci kepada hasil yang diharapkan. Dimensi 108 (Kuasa Mengubah Perangai) ini akan terlebih dahulu memperbaiki unsur-unsur negetif yang ada pada seseorang kanak-kanak itu. Hasil atau lanjutan daripada itu barulah iannya akan menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik pula. Maksudnya di sini ialah kanak-kanak tersebut akan menunjukkan perubahan tingkah laku dari negetif kepada positif terlebih dahulu.


Di antara perubahan yang dapat dikesan setelah pengambilanDimensi 108 (Kuasa Mengubah Perangai) ialah;

·         Mendengar kata kedua ibu bapa/guru (hormat)
·         Dapat membezakan yang baik dengan yang buruk
·         Berdikari
·         Berakhlak baik
·         Rajin
·         Mempunyai ketahanan terhadap penyakit
·         Dan lain-lain lagi yang positif


Pihak yang pertama sekali yang akan dapat mengesan perubahan tingkah laku tersebut ialah para ibu bapa. Ianya boleh dikesan seawal dua minggu selepas pengambilan Dimensi 108 (Kuasa Mengubah Perangai) secara berterusan. Ini juga bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh anak-anak tersebut. Pihak guru akan dapat mengesannya pula melalui pencapaian akademik dan perubahan-perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Kanak-kanak yang mengamalkan Dimensi 108 ini akan lebih cerdas dan aktif dalam pembelajarannya. Bayangkanlah jika pengambilan Dimensi 108(Kuasa Mengubah Perangai) ini diamalkan sejak dari Pra sekolah lagi. Tentulah hasilnya akan mengembirakan semua pihak.